MemuPuk FikiRan PosiTiF MemerLuKan LaTiHan..
Melatih diri untuk berfikiran positif sebenarnya boleh dilakukan. Anda kena rajin berlatih. Ini beberapa tips untuk memupuk fikiran positif dan tindakan yang positif. 1. Berani Berubah. Hijrahkan diri Anda kepada yang baik-baik, cakapan yang baik-baik dan menumpu pada aspek yang baik saja, walau seburuk manapun orang lain memperlakukan Anda. Ubah pemikiran kepada yang baik-baik, pinggirkan rasa sakit hati, dengki, iri hati, meluat, menyampah, marah, cemburu dan tak puas hati, kerana sikap sebegitu memusnahkan diri Anda sendiri tapi Anda sedari dalam diam. Yakinlah orang yang berkelakuan baik takkan pernah rugi, bahkan aura kebaikannya mendapat tempat istimewa di hati setiap orang. Walaupun pernah kebaikan Anda dibalas dengan kejahatan dan sesekali Anda diperbodohkan, tapi kebaikan selalu menang dan kesannya berpanjangan. 2. Rajin Beristighfar. Mohon keampunan pada Allah swt kerana fikiran negatif sebenarnya adalah bisikan syaitan yang sememanya mahu manusia bermusuhan dan menjadi j